PFA Perfume Essence sold based on measurement and bottle as per attachment above.This is the type of bottle that you will get when you purchase our product & not the original bottle shown in the shopping cart. Please refer to the statement below & at the "Disclaimer" column for further info. Kindly take note. Thank you & Happy shopping!!
Dynas: Hantu Minyak Wangi
Sumber: Berita Minggu
Cinta Dynas pada wangian berputik tatkala menerima pemberian daripada
seseorang peminat rahsia ketika usianya 14 tahun. Selepas sedekad,
cintanya tetap mekar.
DENGAN hanya satu semburan, mampu menceriakan mood yang suram, menghilangkan stres dan tekanan yang dihadapi. Malah, haruman juga boleh menjadi tarikan pertama terhadap anda dan perkara yang paling diingati. Bagi
model, pelakon dan pengacara, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar atau lebih
dikenali sebagai Dynas, 25 'cintanya' terhadap minyak wangi mekar sejak
di bangku sekolah menengah. "Ketika itu saya berusia 14 tahun dan mendapat sebotol minyak wangi,Cool Water Davidoff daripada seorang peminat rahsia. "Itulah
minyak wangi pertama yang saya terima." "Seperti yang kita tahu, harga
sebotol minyak wangi bukan murah, sebab itu saya teringat hingga kini,"
kata Dynas ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. Hadiah pertama itu telah memberikan impak yang besar dalam kehidupannya. "Mula-mula saya ingat hanya golongan dewasa yang dibenarkan memakai minyak wangi. "Tetapi
masa saya menerima botol pertama itu, barulah saya sedar bahawa
terdapat wangian yang boleh dipakai oleh mereka yang lebih muda," kata
wanita tinggi lampai ini lagi.
Dynas memberitahu, minatnya terhadap minyak wangi turut dipengaruhi oleh rakan-rakan rapatnya. "Adakalanya
kami akan menghadiahkan minyak wangi kepada rakan-rakan sempena hari
lahir mereka. Minyak wangi merupakan satu hadiah yang istimewa." Dynas
yang merupakan Duta Pesta dan Anugerah Wangian Sasa 2008 mengakui
dirinya sebagai 'hantu' minyak wangi dengan kepelbagaian koleksi yang
telah dikumpul sejak bertahun-tahun lamanya. Dynas berkata, menjadi duta kepada produk barangan yang diminatinya sejak remaja merupakan satu penghargaan. "Pesta dan anugerah ini memberi peluang kepada pengguna memilih minyak wangi yang dibahagikan kepada beberapa kategori. "Di
sini kita dapat melihat pasaran wangian dipengaruhi bukan sahaja
daripada faktor haruman tetapi juga reka bentuk dan pakej, haruman
lelaki dan wanita yang paling digemari ramai dan yang menjadi pilihan
pasangan serta selebriti." Beliau mengakui, terdapat puluhan botol minyak wangi pelbagai jenama tersusun rapi di atas meja soleknya. Sejak menerima wangian pertama, sehingga kini, dia tidak pernah gagal membeli minyak wangi terbaru di pasaran. "Setiap kali ada jualan murah atau apabila hampir dengan sambutan perayaan saya akan membeli haruman-haruman ini. "Saya
amat mudah dipengaruhi dengan bungkusan yang dihias indah terutama
apabila ia mempunyai warna dan botol yang menarik," kata Dynas. Dynas mengakui akan membeli wangian baru sungguh pun terdapat haruman di rumah yang masih belum digunakan. Selain hobi, Dynas juga akan membeli minyak wangi untuk menggembirakan hatinya atau apabila mendapat berita buruk. Di rumah pakai minyak wangi Apakah faktor yang menyebabkan Dynas begitu menggemari minyak wangi? "Minyak wangi mampu mewakili karakter dan personaliti setiap individu yang memakainya. "Bagi
saya, memakai minyak wangi adalah rutin yang wajib. Ia seperti memakai
deodoran. Tanpanya, keadaan diri umpama tidak lengkap, keyakinan diri
saya akan hilang."
Kata Dynas, badan yang harum juga memudahkan orang ramai mendekati diri seseorang. "Terutamanya
bagi seseorang selebriti atau mereka yang menjadi tumpuan, kita tidak
mahu orang kata kita mempunyai masalah bau badan pula. Oleh yang
demikian, adalah penting untuk memilih haruman yang betul-betul sesuai." Wanita setinggi 170 sentimeter ini berkata, beliau akan memakai wangian walaupun berada di rumah. Menggemari
minyak wangi yang mempunyai haruman flora dengan ciri-ciri romantis dan
manis, Dynas berkata, pilihannya itu memberikan perasaan paling
sempurna melambangkan dirinya yang sebenar - bercita rasa muda. "Sungguhpun
telah berusia 25 tahun, namun perangai saya agak keanak-anakan. Itu
yang menyebabkan saya sukakan haruman yang bagi sesetengah pihak
sebagai 'tidak matang'. "Saya tidak sukakan bauan yang terlalu eksotik atau menggoda dan sitrus. Bagi saya, bau flora adalah pilihan yang paling tepat." Dalam
pemilihan minyak wangi, Dynas tidak terburu-buru membeli sungguh pun
tarikan utama tertumpu pada bentuk botol dan pembungkusan. "Minyak
wangi mempunyai reaksi yang berbeza bagi kulit setiap individu. Ia
mungkin berbau enak kepada orang lain, tetapi tidak pada diri anda. "Apabila
saya ingin membeli suatu haruman, saya akan mencubanya terlebih dahulu
selama setengah atau sejam. Apabila saya merasakan ia sesuai, barulah
saya beli," katanya. Apakah haruman kegemarannya? "Daisy daripada Marc Jacob dan Gucci Rush daripada Gucci." "Saya
biasanya memakai haruman yang berbeza, bergantung pada acara yang
dihadiri. Tetapi perkara terbaik pada Daisy ialah ia sesuai digunakan
sama ada pada hari siang mahu pun malam. "Satu lagi, baunya yang tahan lama." Dynas menambah, Gucci Rush mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang berhampiran. "Bau Gucci Rush tidak boleh dikesan serta-merta tetapi hanya selepas beberapa saat si pemakai melintas di hadapan anda. "Disebabkan
terlalu menyukainya, suami telah memberikan saya sebotol minyak wangi
itu sebelum kami berkahwin," kata Dynas. Suaminya juga meminati botol
minyak wangi.
Apakah bauan yang tidak dilupakan Dynas? "Pastinya
bauBoss Puredaripada Hugo Boss yang dipakai oleh suami. Beliau telah
memakai bau itu sejak kami bertemu ketika saya mengacara Beat TV di
Astro sehingga hari ini. "Suami sangat cerewet dengan cologne yang
dibeli, jika beliau sukakan satu bau, itulah yang akan dipakainya
sepanjang masa," kata pemegang Diploma Komunikasi Massa dari Universiti
Teknologi Mara (UiTM) ini. Dynas mempunyai tip kepada mereka yang ingin membeli minyak wangi. "Jangan beli sesuatu hanya berdasarkan stail atau trend terbaru tetapi pada hakikatnya tidak sesuai dengan diri kita. "Minyak wangi seharusnya menyerlahkan lagi personaliti kita, bukan menenggelamkannya. Pastikan anda mencubanya sebelum membeli."
Untuk Si Jejaka & Pasangan Kekasih
Sumber: Utusan Malaysia Online
ARKIB : 19/10/2008
Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
HARUMAN
berjenama kini bukan sahaja diminati wanita, malah turut menjadi
kelengkapan ‘wajib’ si jejaka untuk mereka tampil lebih hebat dan
berkeyakinan.
Pure
oleh BOSS diinspirasi daripada idea lelaki bersatu dengan kuasa air. Ia
sederhana namun sofistikated, segar lagi menyeronokkan. Dengan haruman
bertenaga, Pure mengungkap rasa sensual dan emosi seperti kuasa air
yang suci dan sukar dihalang. Jejaka Pure sangat mementingkan stail,
bercita-cita tinggi, kompetitif dan berjaya. Dengan kesegaran semula
jadi akuatik, nota utama diserlahkan oleh air pokok ara, dengan
kombinasi sitrus Mediterranean, menyerlahkan kesegaran yang
menyeronokkan. Juga ditambah haruman kayu massoia, untuk menyerlahkan
karakter maskulin.
Segar tapi hangat, itulah asas CK In 2U Him
oleh Calvin Klein. Perjalanannya mengasyikkan dan kemuncaknya diberi
sentuhan hangat. Gabungan kayu-kayan oriental terdiri daripada lime gin
fizz, dedaun limau bali dan tangelo. Juga diadun bersama koko, pimento
dan daun shiso serta diakhiri dengan kesegaran kesturi, kayu sedar
putih dan vetiver yang hangat lagi mengasyikkan.
Konsep London
oleh Dunhill adalah gabungan bersama kemuncak kualiti, karakteristik
dan mengetengahkan jati diri lelaki moden dan keadaan sekelilingnya.
Jejaka London mengekalkan tradisi, kesopanan dan pekerti dipadankan
dengan nilai kontemporari dan budaya kosmopolitan. Dengan interpretasi
individu gaya British elegan, London menggambarkan kota yang
diinsiprasikannya. Menggabungkan haruman segar epal dan mawar,
diselitkan dengan rempah dan kayu-kayan untuk membangkitkan cita rasa
maskulin. London adalah haruman buat si jejaka yang peka pada
persekitarannya, terjelma pada personaliti dan di bandar di mana dia
tinggal.
Polo Explorer oleh Ralph Lauren pula dihasilkan
daripada kayu ambar segar dan diinspirasi oleh perjalanan untuk
meneroka. Direka buat sang pencinta cabaran dengan ilham mengelilingi
dunia, harumannya segar dan diberi sentuhan maskulin serta rugged. Polo
Explorer mengandungi elemen segar mandarin Afrika Selatan dan bergamot
Sicily, dengan campuran mahogany Cuba dan kayu sandal hutan Australia.
Menyedari
keinginan pasangan yang mahukan keserasian dalam penampilan mereka,
jenama minyak wangi terkemuka kini mula akur dengan kehendak itu.
Selain sebagai pemakaian harian, set haruman berpasangan ini amat
sesuai dijadikan hadiah hantaran untuk mereka yang akan melangsungkan
perkahwinan.
CK
In 2U Her dan CK In 2U Him dibotolkan cukup ringkas namun penuh dengan
kejutan. Logo botol si jejaka menegak ke atas manakala untuk wanita ke
bawah, seakan konsep Yin dan Yang. Kedua-dua haruman dicipta segar,
hangat dan seksi. Untuk wanita haruman berasaskan tarikan, kepuasan dan
seri yang berpanjangan. Manakala si jejaka, menyerlah dari semua aspek.
Armani
Code For Men dan Armani Code Pour Femme pula memikat, seksi, misteri
dan stylish. Haruman lelaki adalah gabungan lembut lemon segar dan
bergamot diselitkan kesegaran pokok oren. Hangat dengan kayu guaiac dan
tonka bean. Sesuai untuk pemakaian siang hari dan majlis tertentu.
Manakala Code Pour Femme pula adalah haruman tarikan untuk wanita
dengan unsur segar, seksi dan penuh ciri feminin. Ia gabungan oren,
halia, pir, melur, lavender, vanila dan kayu bernilai.
Dan akhir
sekali, Hugo XX dan Hugo XY adalah padanan provokatif di mana
keharmonian total bukan lagi asas dalam sesuatu perhubungan moden.
Haruman ini direka selari, serta mempunyai kekuatan dan persembahan
yang sama. Pun begitu, kedua-duanya sangat berbeza dan mempunyai
kekuatan tersendiri.
Sebagai panduan untuk pemakaian haruman
yang berpanjangan, sembur atau sapukan pada titik nadi seperti
pergelangan tangan, pelipat siku, leher, belakang telinga dan dada.
Jangan sembur haruman pada rambut! Untuk menyimpan haruman agar tahan
lama, jauhkan ia daripada cahaya dan haba. Simpan di dalam kotak gelap
atau laci bertutup adalah langkah yang paling baik.
Yang mana
satu haruman terbaik bagi lelaki dan pasangan, semuanya terserah kepada
anda. Dengan menyertai pengundian haruman ini, peserta akan menerima
baucar RM20 bagi membeli haruman yang dicalonkan.
Sebagai
sumbangan pihak Sa Sa kepada masyarakat, sebanyak RM1 dari setiap
pembelian haruman antara 6 Oktober hingga 18 November akan didermakan
kepada Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara.
Perfume Concentrations
Quite a lot of people (especially on eBay for some reason!) will describe any fragrance as 'perfume' regardless of what actual description it should have (EDP/EDT...) I've described the various concentrations below but as a general rule: The smaller the bottle, the more concentrated the fragrance inside (This does not apply to miniatures which usually contain the eau de toilette.) Pure perfume is a lot more expensive but a little will go a long way. A pure perfume is very, very rarely sold in a spray bottle - these are used for eaux de parfums and eaux de toilettes so that the buyer does not end up wearing too much at a time!
Perfume This consists of a 15-30% concentration of perfume essence and is the strongest fragrance available. This means that not only do you need to use less, but also that the fragrance lasts longer, typically for up to 6 hours, depending on skin type.
Parfum De Toilette This is usually between a perfume and an EDP in strength but a few companies use the term to describe an EDT.
Eau De Parfum (EDP) This is lighter than Perfume, with an 8-15% concentration, and so is less expensive but still has long lasting characteristics, from 3 to 5 hours
Eau De Toilette (EDT) This is a lighter more delicate fragrance, with a 4-8% concentration of the essence, and is therefore most suited to everyday use. It is normally less expensive than Eau de Parfum, and lasts for 2 to 4 hours
Eau De Cologne (EDC) This is often referred to just as Cologne and has the greatest dilution of fragrances with a 3-5% concentration of perfume essence, lasting up to 2 hours.
For Men
Eau De Toilette (EDT)
This has the greatest concentration of essence generally available for men and hence lasts the longest, up to 5 hours. It is often available in either a splash or a spray.
Aftershave Less strong, it is the most popular choice and lasts for 2 to 3 hours. Aftershaves are kinder to the skin than EDT's. Those with very sensitive skin should use aftershave balms.
The % by volume that you see on the bottles is the amount of alcohol that is in the fragrance blend. Basically perfume companies 'pad out' their fragrances with alcohol, firstly to make them go further, and also because otherwise they would be incredibly strong to wear. A perfume with strong smelling essence ingredients will have more alcohol with it than onewhich is more delicate.